
Sulit
4 tahun
Kesakitan dibahagian zakar lelaki dan testis lelaki
Sy mengalami kesakitan di bahagian testis dan kadangkala sakit itu hingga ke bahagian zakar saya yang menyebabkan warna zakar saya sedikit gelap seprti lebam.kesan dari itu kaki saya sering terasa kebas kesejukan… Sy sudah mendapatkan rawatan tetapi tiada perubahan

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan anda mengalami masalah sedemikian, seperti:
- Hernia
- Jangkitan salur kencing
- Karang di dalam salur kencing
- Jangkitan kelamin
- Radang testis (orchitis)
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Perkara ini memerlukan perhatian pakar dan kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan lanjut dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda. Ia juga boleh disebabkan oleh punca yang tidak disebutkan di atas.
Hilangkan kegusaran berkenaan kesihatan seksual dengan nasihat daripada pakar yang bertauliah
Sila berjumpa dengan doktor segera sekiranya anda mempunyai gejala di bawah:
- Demam
- Sakit yang tidak kebah
- Gangguan aktiviti harian dan tidur
- Terdapat darah atau cecair berbau keluar dari kemaluan
- Sakit ketika membuang air kecil
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.