Sulit
4 tahun
Kesakitan dibahagian zakar lelaki dan testis
Saya mengalami sakit dibahagian zakar dan bawah testis… Sbulan yang lalu saya mendapatkan rawatan penyakit gonorrea kerana terdapat ulser di zakar saya… Tetapi doktor yang merawat tidak melakukan apa apa ujian terhadap saya… Se karang apa yang merisaukan zakar dan testis hingga ke bawah punggung terasa sakit kadangkala terasa seperti panas terbakar…sudah sbulan ini terjadi biarpun sudah mendapatkan suntikan
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- testicular torsion - buah zakar berbelit
- epididymitis - keradangan tiub yang membawa sperma
- orchitis - akibat jangkitan virus atau bakteria
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan segera sekiranya sakit anda masih berlanjutan atau semakin parah.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat . Terima kasih.
Hilangkan kegusaran berkenaan kesihatan seksual dengan nasihat daripada pakar yang bertauliah

































