Sulit
3 tahun
Kesan Alat perancang IUCD
Hai,Selamat Sejahtera… Saya ingin bertanya saya memakai alat perancang IUCD dan saya mengambil IUCD selama 3tahun,Jadi sekarang IUCD sudah tamat dan ditinggalkan dalam badan tidak memberi apa-apa kesan ke?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham kemusykilan anda pada masa ini. Berdasarkan kenyataan anda, kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mencabut peranti atau alat tersebut disebabkan ia telah tamat tempoh dan perlu dikeluarkan untuk mengelakkan kesan sampingan lain.
Terdapat beberapa kesan sampingan peranti IUCD yang boleh dialami oleh wanita yang menggunakannya seperti:
- Gangguan kitaran haid
- Sekiranya hamil, risiko kehamilan luar rahim adalah tinggi
- Reaksi alahan
- Jangkitan dan radang pada bahagian rahim atau organ sekitarnya (pelvic inflammatory diseases)
Kekalkan kebahagiaan rumah tangga anda dengan mendapatkan perancangan keluarga yang terbaik
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai persoalan anda. Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.