
Sulit
4 tahun
Kesan cucuk perancang.adakah megambil masa yang lama untuk haid
Sy mempunyai seorng ank.dan saya megambil cucuk perancang sebanyak 3kali last sy cucuk bulan 7 tapi smpai skrg xdatang haid.brp lama kesan cucuk perancang

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, antara kesan sampingan suntikan depo adalah pendarahan yang berpanjangan, tidak datang haid atau spotting. Kesan ini adalah berbeza bagi setiap individu.
Selain daripada kesan sampingan suntikan perancangan kehamilan, terdapat juga beberapa perkara yang boleh menyebabkan anda tidak datang haid seperti:
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
- Mengambil pil perancang kehamilan
- Masalah polycystic ovarian syndrome
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan.
Kekalkan kebahagiaan rumah tangga anda dengan mendapatkan perancangan keluarga yang terbaik
Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.