
Sulit
4 tahun
Kesan darah pecah ketika onani
Saya beronani dengan memasukkan jari dan tiba² darah keluar…apakah kesan jika dara pecah?.zadakah terdapat kesan sampingan kerana saya belum berkahwin

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami memahami keresahan yang dialami oleh pihak anda. Walau bagaimanapun bantuan kami adalah terhad berdasarkan deskripsi yang anda telah sampaikan melalui forum ini.
Kesihatan wanita sangat penting. Dapatkan bantuan dari suplemen sekarang !
Umumnya pecah dara lebih sinonim dengan istilah koyakan atau trauma hymen, iaitu struktur pada pintu vagina seseorang wanita. Walaupun koyakan hymen ini adalah sesuatu yang normal, ia juga boleh berlaku lebih awal misalnya dari bersukan, aktiviti yang berat, trauma fizikal, kelainan struktur kelamin atau gangguan kesihatan yang memerlukan rawatan doktor.
Namun keadaan anda juga boleh disebabkan oleh
- gangguan kitaran haid
- komplikasi jangkitan kuman
- mahupun trauma organ kelamin yang lain
Justeru untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang kondisi kesihatan anda, atau agar rawatan yang lebih tepat boleh di laksanakan (sekiranya di dapati perlu), pemeriksaan yang lebih terperinci perlu dilakukan terlebih dahulu. Oleh yang demikian kami menasihatkan agar anda mendapat rawatan secara langsung di klinik ataupun hospital yang terdekat.
Hilangkan kegusaran berkenaan kesihatan wanita anda dengan nasihat daripada pakar yang bertauliah
Walau bagaimanapun, onani merupakan salah satu tabiat yang dapat mengganggu interaksi hormon dalam badan. Kekerapan melakukan onani boleh menyebabkan kekurangan tenaga seksual serta masalah seperti menurunkan syahwat atau trauma kelamin. Oleh itu, aktiviti onani ini tidak digalakkan kerana faktor-faktor tersebut…
Anda disarankan agar segera ke doktor sekiranya mengalami
- Pening kepala
- Mual atau muntah
- Demam
- Atau gejala aneh yang lain
Tambahan lagi, anda boleh berhubung dengan doktor kami secara langsung diatas talian menggunakan link yang berikut. (DoctorOnCall). Terima kasih.