
Sulit
4 tahun
Kesan darah selepas period
Hello doktor. Saya berumur 23 tahun dan belum berkahwin. Saya seorang pekerja kilang yang bekerja 12 jam. Period saya baru habis minggu lepas . Tetapi petang semalam semasa saya bekerja saya merasakan seperti ada sesuatu keluar melalui kemaluan saya. Pada mulanya saya rasa mungkin keputihan. Tetapi selepas pulang ke rumah , saya check seperti ada kesan darah yang bercampur dengan air dan banyak seperti period.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi iaitu keluar darah seperti haid walaupun anda baru sahaja haid minggu lepas. Untuk pengetahuan anda, gejala seperti yang anda alami adalah haid yang kerap.
Gejala ini boleh disebabkan oleh masalah hormon yang tidak seimbang bagi remaja ataupun masalah kesihatan yang lain. Masalah haid kerap boleh disebabkan oleh:
- Hormon tidak seimbang akibat diabetes, obesity, PCOS atau tiroid
- Ketumbuhan fibroid atau polip
- Dysfunctional uterine bleeding
- Penggunaan alat IUD
- Kanser rahim atau cerviks
- Masalah pembekuan darah
- Kesan sampingan ubat-ubatan
Tempuhi waktu datang bulan anda dengan selesa tanpa kebocoran.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dan rawatan yang paling tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan fizikal adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat kerana punca kepada masalah kerap haid merangkumi pelbagai sistem dan organ badan manusia. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor supaya pemeriksaan, diagnosis dan rawatan yang tepat dapat diberikan. Jika perlu, doktor akan merujuk permasalahan ini kepada doktor pakar sakit puan (O&G) mengikut punca masalah yang anda hadapi.
Namun begitu, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih
Anda masih risau tentang haid berlebihan ? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!