
Sulit
4 tahun
Kesan gigitan nyamuk yang masih gatal setelah lebih sebulan
Kesan gigitan nyamuk masih gatal walaupun telah lama digigit seperti lebih dari sebulan? Hal ini menyebabkan saya terus menggaru sehingga meninggalkan luka dan parut. Apa perlu saya lakukan?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda kerana anda telah mengalami masalah tersebut buat masa yang lama.
Selain daripada itu, berikut juga merupakan antara punca mengapa anda mengalami masalah gatal kulit:
- Penjagaan kulit yang kurang bersih
- Skabies
- Jangkitan kulit oleh virus, kulat atau bakteria
- Reaksi alahan
Dapatkan kulit yang sihat dengan penjagaan kulit yang betul.
Ini merupakan keterangan kami secara am mengenai masalah yang dihadapi oleh anda. Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.