
Sulit
4 tahun
Kesan Guna Ubat Titis Mata Setiap Hari
Doktor, saya setiap hari sekali sehari menggunakan ubat titis mata Eye M0 jenis Moist untuk melembapkan mata saya setiap hari.
adakah ianya akan memberikan kesan negatif dimasa akan datang kerana menggunakan setiap hari…

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk melanjutkan pertanyaan dengan doktor kami diatas talian.
Umumnya, masyarakat perlu tahu bahawa kaedah titisan mata (artificial tear) hanyalah alternatif sampingan yang tidak boleh dijadikan pengganti kepada kaedah pengubatan yang dapat merawat punca sebenar kekeringan pada mata.
Tambahan lagi setiap saranan doktor lazimnya berdasarkan kondisi kesihatan anda secara khusus, kerana setiap orang mempunyai keadaan & kondisi kesihatan yang berbeza.
Justeru, walaupun kajian mendapati bahawa titisan mata buatan (artificial eye drop) ini mempunyai manfaatnya yang tersendiri, saya tetap menyarankan anda untuk mendapat nasihat doktor secara langsung agar evaluasi yang lebih komprehensif dapat menentukan pelan kesihatan dan kaedah rawatan sampingan yang paling sesuai untuk anda amalkan.
Umumnya penggunaan ubat titisan air mata yang berlebihan boleh menyebabkan
- lapisan minyak pada permukaan mata menipis
- produksi air mata tulen semakin menurun
- berlaku kekeringan mata yang lebih dasyat
- kebergantungan kepada titisian air mata
Hubungi pakar mata untuk melegakan masalah penglihatan dan mata anda.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap diatas talian dengan doktor bertauliah kami. Terima kasih.