Sulit
6 tahun
Kesan injection depo bengkak
Sy wanita ank 4. Mula dr ank ke dua sy sudah ambil suntikan depo. Tetapi mnjadi risau baru skrng sy dpti lepas suntikan bngkak merah dn sakit. Untuk maklumat doctor Sy laat depo 15/7/2019… Skrng 8/8/2019… Bantu sy doc…
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, kesan kemerahan dan sakit pada kawasan suntikan depo anda boleh disebabkan:
- Alahan kulit pada kawasan suntikan - sistem imun terlebih aktif
- Jangkitan kuman - menyebabkan nanah, bengkak dan kesakitan
- Kesan tindak balas ubat
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.



































