
Sulit
5 tahun
Kesan jahitan sunat terdapat benda putih seperti nasi
saya lelaki berusia lingkungan 20 tahun…baru2 ini saya melihat terdapat benda putih seperti nasi pada kesan jahitan sunat…tetapi saya sudah sunat dalam lingkungan usia 10 tahun yang lepas…apakah yang menyebabkan benda ini berlaku ??saya risaukan kesihatan saya…boleh tak doktor terangkan ?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini berkemungkinan tidak memudaratkan terutama jika anda tidak mengalami gejala lain. Namun begitu, masalah ini boleh disebabkan oleh:
Jerawat
Fordyce spots
Papules pada zakar
Penyakit kelamin- masalah ini memerlukan rawatan lanjut dan tidak boleh dibiarkan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.