
Sulit
4 tahun
Kesan kerap makan postinor 2
Dr. Saya berumur 27tahun. Pada 30hb10 lalu saya pernah mengambil pil postinor 2 kerana belum bsedia utk hamil, tiada tanda2 dan kedatangan haid saya seperti biasa. Dan semalam 23hb12 saya bersama dgn suami saya. Saya telah mengambil pil postinor ini mgikut cara2 yg sama. Memandangkan lagi 2 minggu saya akan dtg haid…Saya nk tanya apakah kesan mengambil pil ini 2x dalam tahun ini? Adakah berbahaya utk masa akan datang?adakah mengakibatkan mandul?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall untuk bercakap dengan pihak kami.
Kesan sampingan pil perancang kecemasan ini adalah keletihan, mual dan muntah. Sesetengah pesakit juga mengalami sakit perut, cirit-birit, pening kepala, sakit kepala, sakit payudara, pendarahan faraj meningkat dan tindak balas kulit.
Dalam sesetengah kes, 2-3 hari selepas pengambilan tablet, pendarahan mungkin akan berlaku di mana kebiasanya ia akan berhenti secara spontan.
Tempuhi waktu datang bulan dengan selesa tanpa kebocoran.
Dalam kebanyakan kes, haid seterusnya akan bermula seperti yang dijangkakan atau agak awal. Sekiranya haid anda lewat melebihi 7 hari, disyorkan untuk melakukan ujian kehamilan.
Anda disarankan untuk berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan jika keadaan berterusan. Klik pada link ini (DoctorOnCall untuk bercakap dengan pihak kami. Terima kasih