
Anonymous
5 tahun
Kesan-kesan sampingan ubat postinor2
Saya wanita, usia 36 tahun, pada 24/5 saya ada bersama dengan suami tanpa memakai alat perlindungan, suami saya terlepas airnya ke dalam faraj saya, pada keesokan harinya saya makan ubat postinor2 mengikut aturan yg telah di tetapkan. Pada 28/5 sekali lg kami mengadakan hubungan kelamin, dan saya makan pula ubat postinor2. Apakan kesan-kesan sampingan ubat tersebut. Terima kasih

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Kesan sampingan Postinor 2 adalah keletihan, mual dan muntah. Sesetengah pesakit juga mengalami sakit perut, cirit-birit, pening kepala, sakit kepala, sakit payudara, pendarahan faraj meningkat dan tindak balas kulit.
Dalam sesetengah kes, 2-3 hari selepas penembusan pengambilan tablet, pendarahan mungkin akan berlaku di mana kebiasanya ia akan berhenti secara spontan.
Dalam kebanyakan kes, haid seterusnya akan bermula seperti yang dijangkakan atau agak awal. Sekiranya haid anda lewat melebihi 7 hari, disyorkan untuk melakukan ujian kehamilan.
Anda disarankan untuk berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan jika keadaan berterusan. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami. Terima kasih