
Sulit
3 tahun
Kesan makan neurobion
saya lelaki berumur 31 tahun…adakah pil neurobion ni supplement dan ada kesan sampingan ke bila kita amalkan pil ini??sy ad gastrik dan gerd dan sekarang sy tidak mengambil sebarang ubatan…saya juga kerap sakit leher dan tengkuk apabila mengadap komputer

3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman pihak anda, ubat tersebut merupakan kombinasi beberapa jenis vitamin B iaitu vitamin B1, B6 dan B12. Ubat ini biasanya digunakan untuk merawat masalah:
- Sebagai suplemen
- Kelainan saraf pada pesakit diabetes, akibat alkohol dan pasca jangkitan influenza
- Cervical syndrome
- Low back pain
- Ischialgia yaitu sakit punggung
Ubat ini boleh memberikan kesan sampingan berupa
- Alergi dengan gejala seperti timbul ruam kemerahan, sesak nafas, gatal-gatal dan sebagainya
- Masalah penghadaman
Tingkatkan ketahanan sistem imun tubuh dengan mengambil makanan seimbang dan berkhasiat.
Namun begitu ini hanyalah penerangan am dalam hal ini, saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan lebih lanjut. Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.