
Sulit
4 tahun
Kesan makan postinor 2
Hi doc ,
Saya nak tanya kesan makan postinor 2 memang akan ada berlaku keluar darah warna coklat ? saya sudah 5 hari keluar darah warna coklat selepas makan postinor 2 . Adakah itu normal ?

4 tahun
Salam sejahtera & terima kasih kerana menghubungi kami,
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Namun berikut hanya deskripsi awal yang memerlukan arahan selanjutnya dari doktor yang lebih pakar.
Kekalkan kebahagiaan rumah tangga anda dengan mendapatkan perancangan keluarga yang terbaik !
Untuk makluman anda, Postinor-2 ialah sebuah pil yang mengandungi hormon progesteron yang tinggi bagi menghalang kehamilan berlaku. Sekiranya postinor diambil secara kerap, terdapat beberapa kesan sampingan yang biasanya berlaku seperti :
- Haid tidak teratur
- Keletihan
- Mual
- Muntah
- Sakit perut
- Cirit-birit
- Pening
- Sakit kepala
- Sakit payudara
- Pendarahan faraj
- Tindak balas kulit
- Pendarahan
Sekiranya perdarahan dan gejala lain berlarutan atau rutin harian anda terganggu, sila berjumpa dengan doktor secepat mungkin.
Untuk mengetahui dos ubat yang sesuai, anda boleh mendapatkan informasi secara langsung (di atas talian) dengan doktor kami yang bertugas kami di (DoctorOnCall).