
Sulit
4 tahun
Kesan makan ubat cacing
Saya wanita berumur akhir 30an,belum berkahwin. Ada apa2 kesan jika saya makan ubat cacing? Pharmacist galakkan 2 kali setahun. Saya juga sdg makan pil hormon Yasmin utk masalah haid yg tak normal.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Untuk makluman anda, berikut merupakan kesan sampingan ubat cacing:
- Loya dan muntah
- Pening kepala
- Sakit kepala
- Sakit perut
- Lesu badan
Ini hanyalah keterangan kami secara am. Anda boleh bertanya kepada pegawai farmasi semasa anda membeli mengenai interaksi ubat cacing dan pil perancang yang anda sedang amalkan. Sebagai maklumat tambahan, ubat cacing tidak akan mengganggu kitaran haid anda.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk mendapatkan penjelasan daripada pihak kami. Terima kasih.