
Sulit
3 tahun
Kesan mengambil pil period
saya telah membuat pemeriksaan doktor di klinik setelah 2 bulan tidak datang period. Doktor tersebut telah memberikan saya pil period untuk consume selama 4 hari. Saya mendapati setiap kali saya makan pil tersebut badan saya berasa letih dan saya jugak mengalami sakit kepala. Adakah itu kesan daripada pil period tersebut ?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana mengajukan soalan.
Anda bertanyakan tentang gejala letih dan sakit kepala yang and alami dan ingin tahu jika ia adalah kesan sampingan pil period yang anda ambil. Kami akan cuba memberi penerangan.
Untuk makluman anda, kami tidak boleh menyimpulkan jika gejala yang anda alami adalah kesan sampingan pil yang diambil kerana tiada maklumat tentang pil period yang anda ambil. Pil untuk membantu menurunkan haid ada beberpa jenis dan jenama.
Sakit kepala dan keletihan yang anda alami juga tidak mustahil berpunca daripada perkara lain seperti:
- Tekanan
- Beban kerja yang banyak
- Kurang rehat
atau masalah kesihatan yang lain.Oleh itu, sebaiknya anda merujuk masalah ini kepada doktor agar maklumat lanjut dan rawatan yang sesuai dapat diberikan. Anda boleh bercakap dengan kami secara atas talian agar kami dapat membantu anda.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.