
sampish98
4 tahun
Kesan mengambil postinor 2
Adakah selepas mengambil postinor 2 boleh mengakibatkan datang haid awal,darah yang pekat,muntah, dan sakit pinggang?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda. Jawapan ini adalah maklumat am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian.
Untuk makluman pihak anda, antara kesan sampingan yang bias akibat pengambilan pil postinor 2 adalah:
- Loya dan muntah
- Pening
- Sakit kepala
- Lemah badan
- Spotting
- Sakit pada payudara
Oleh kerana pil ini mengandungi hormon, ia boleh mempengaruhi kitaran haif anda. Namun begitu berkenaan gejala yang anda alami, ia boleh disebabkan oleh pengambilan pil postinor atau disebabkan masalah kesihatan yang lain. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) utuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian bagi mendapatkan konsultasi lanjut. Terima kasih.