
amelia.jamaluddin
5 tahun
Kesan merah pada payudara
Sy wanita dalam umur lewat 20an… Baru - baru ini sy persn ade kesan merah macam lebam pada payudara sebelah kanan saya…Adakah sebab senaman yg saya lakukan ataau sebab lain… Syb ertubuh besar dh baru baru ini saya buat senaman lompat bintang…

5 tahun
Terima kasih atas soalan yang diajukan. Kami memahami masalah yang anda hadapi. Untuk maklumat anda, kesan merah seperti lebam pada permukaan badan boleh disebabkan oleh beberapa perkara:
- Kecederaan pada otot atau tisu pada payu dara yang boleh disebabkan oleh pergerakan ekstrim, pemakaian yang ketat dan sebagainya
- Keradangan pada payu dara
- Jangkitan pada payu dara
- Ketumbuhan pada payu dara
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.