Sulit
3 tahun
Kesan multiphase ct scan
Saya ada soalan, sy ada mnjalani ct scan abdoment n pelvis, pada borang ct scan trtulis ct scan for abdomnt n pelvis plain/contrast… Adakah sy di scan melalui teknik multiphase atau biasa shj… Sy risau risiko kanser dr multiphase ct scan… Pd result ct scan tulis ct scan abdmnt and pelvis post contrast…sblm ct scan sy diberi minum cecair contrast dan disuntik contrast
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Kami memahami kebimbangan anda tentang perkara ini. Untuk makluman anda, CT scan atau dalam istilah penuhnya adalah Computerized Tomography scan menggunakan kombinasi sinaran X-ray untuk membantu doktor melihat struktur organ, tisu atau otot dengan lebih teliti.Multiphase CT scan terdiri daripada pemberian kontras dan kombinasi fasa arteri, fasa vena portal, bergantung pada organ yang diperiksa. Kontras digunakan untuk kepentingan pencitraan radiologi dan tidak memudaratkan kesihatan. Biasanya Ct scan digunakan untuk mengesan sebarang abnormaliti pada mana mana bahagian tubuh. Radiasi yang dipancarkan dalam CT scan adalah dalam kandungan yang sangat rendah dan tidak membahayakan.
Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian dengan percuma sekiranya anda mempunya pertanyaan lanjut tentang masalah kesihatan anda. Terima kasih.