
Sulit
5 tahun
Kesan nescafe/kopi & air detox ke atas pil perancang keluarga
Hai doc, saya nak tanya. saya baru mengamalkan pil perancang keluarga. di sini saya masih keliru, saya adalah penggemar nescafe/kopi dan selalu juga buat detox water. jadi adakah ia akan mengganggu keberkesanan pil
perancang keluarga tersebut?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda. Untuk makluman pihak anda, pengambilan minuman yang mengandungi kaffeine dengan pil perancang mungkin akan melebihkan kesan sampingan ubat seperti:
- Sakit kepala
- Perasaan tidak senang
- Insomnia
- Berdebar-debar
Ini adalah kerana pil perancang akan melambatkan pengeluaran kaffeine dari badan kita, memanjangkan kesan kaffeine dalam badan kita. Namun, kaffeine tidak akan mengganggu keberkesanan pil perancang.
Untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut tentang pil perancang, sila klik pada link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk mendapatkan penerangan lanjut atau rawatan yang diperlukan @ untuk berhubung dengan farmasi kami.