
Sulit
4 tahun
Kesan onani pada wanita(melakukan water masturbation)
Sy wanita brumur 23 tahun. Tidak pernah melakukan sex. Tetapi Sy kerap melakukan onani seperii water masturbation. Apakah kesan buruk yg akn sy alami pd faraj sy, dan adakah sy akn mengalami kelonggar pd lubang faraj serta kehilangan hymen

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang dituju.
Untuk makluman anda, aktiviti onani atau masturbation khususnya menggunakan air pada biasanya tidak akan membawa kesan buruk pada kesihatan kelamin anda secara langsung. Namun, terdapat risiko pemecahan selaput dara (Hymen) adalah tinggi sekiranya anda melakukan onani yang ganas atau melibatkan kemasukan bahan asing ke dalam lubang faraj anda. Pemecahan dara juga biasanya berlaku secara tidak sengaja ketika melakukan aktiviti sukan yang lasak.
Jalinkan hubungan mesra yang bebas jangkitan.
Jika anda risau mengenai kesan onani terhadap kesihatan faraj anda, kami sarankan anda untuk tidak menggunakan bahan asing, bahan kesat atau bahan alahan sebagai alat untuk melakukan aktiviti tersebut kerana ia boleh menyebabkan iritasi dan masalah alahan kulit pada kawasan tersebut.
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tambahan, anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.
Kekal bebas daripada jangkitan penyakit kelamin. Dapatkan nasihat Pakar dengan segera.