Sulit
3 tahun
Kesan pengambilan caffox dan sunprox. Hypotension
Saya Wardina, 19 tahun. Boleh saya tahu adakah pengambilan caffox dan sunprox boleh menyebabkan hypotension. Terima kasih
3 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan. Kami faham kebimbangan anda terhadap masalah yang anda hadapi. Untuk maklumat anda, antara kesan sampingan ubat yang mempunyai kandungan Ergotamine Tartrate & Kafein ialah:
- Loya
- Muntah
- Keresahan
- Kesukaran tidur
- Kepeningan
- Lemah badan
- Gatal-gatal badan
Antara kesan sampingan ubat yang mempunyai kandungan Naproxen ialah:
- Pedih ulu hati
- Sakit perut
- Loya
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dan rawatan yang paling tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan fizikal adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.