
Anonymous
5 tahun
Kesan pengambilan postinor 2
Saya wanita berumur 20 tahun dan saya mengalami masalah selalu rasa mual,lambat datang haid,dan pendarahan di faraj , selepas pengambilan postinor 2. Saya hanya mengambil sekali saja pil tersebut selepas melakukan hubungan sex.Berdasarkan apa yang saya kaji tentang postinor 2 adakah ia akan memberi kesan buruk seperti mandul kpd saya walaupun pengambilannya hanya sekali? …

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Pengambilan ubat postinor 2 sememangnya mempunyai beberapa kesan sampingan seperti sakit perut, cirit-birit, pening kepala, sakit kepala, payudara lembut, pendarahan faraj meningkat dan tindak balas kulit. Namun begitu, ubat ini tidak dikaitkan dengan kemandulan. Sekiranya anda tidak bercadang untuk mengandung, anda boleh mengambil ubat perancang keluarga yang lain untuk jangka masa panjang. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk isu ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh berjumpa dengan doctor anda ataupun klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.