
Sulit
5 tahun
Kesan pengambilan suntikan depo
Saya wanita berumur 24 tahun .ingin bertanya pada doktor berapa lama masa untuk kembali normal sediakala selepas berhenti suntikan depo

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, suntikan Depo-Provera berfungsi selama 12 hingga 14 minggu (3 bulan). Tempoh masa kesuburan kembali selepas berhenti depo berbeza mengikut individu. Ia boleh mengambil masa 4 bulan sampai setahun. Jika kesuburan tidak kembali atau anda mengalami kesukaran untuk mendapatkan anak selepas satu tahun mencuba, anda disarankan untuk berjumpa dengan doktor pakar kesuburan untuk pemeriksaan dan rawatan selanjutnya.
Untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian atau klik pada link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk berhubung dengan farmasi kami. Anda juga boleh menghubungi farmasi kami melalui aplikasi Whatsapp di talian 010-2721669 atau telefon Hotline EPharma kami di 03-84082006.