
Sulit
4 tahun
Kesan pil escapelle/postinor
hi doc perlukan jumpa dgn doc apalagi darah keluar lebih dari hari darah haid? atau itu normal untuk kesan escapelle?

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, terdapat beberapa kesan sampingan ubat yang anda nyatakan seperti:
- Sakit kepala
- Loya dan muntah
- Sakit perut
- Pendarahan selain dari darah haid
- Keletihan
- Lewat datang haid
Masalah anda boleh berpunca daripada kesan sampingan pil perancang anda, namun begitu saya tidak boleh memberikan kepastian kerana pemeriksaan lebih lanjut perlu dilakukan untuk mendapatkan kesimpulan dalam hal ini. Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan.
Jalinkan hubungan seks tanpa kebimbangan lagi
Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.