
Sulit
4 tahun
Kesan pil perancang escapelle untuk period
saya ada makan pil escapelle 12.12 sblum ini, dan kluar darah berketul… dan period seperti biasa. Dan selepas sebulan,saya menunggu haid datang dan tinggal seminggu sebelum habis bulan 1 tetapi tiada haid ,jika diikutkan kalendar saya sudahpun period, tetapi adakah kesan escapelle melambatkan period?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai, selamat sejahtera. Terima kasih kerana mengajukan soalan ini kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang pil perancang kecemasan. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, antara kesan sampingan pil perancang kecemasan :
Kesan sampingan yang biasa adalah keletihan, mual dan muntah. Sesetengah pesakit juga mengalami sakit perut, cirit-birit, pening kepala, sakit kepala, payudara lembut, pendarahan faraj meningkat dan tindak balas kulit.
Dalam sesetengah kes, 2-3 hari selepas pengambilan tablet, pendarahan mungkin akan berlaku di mana kebiasanya ia akan berhenti secara spontan. Dalam kebanyakan kes, haid seterusnya akan bermula seperti yang dijangkakan atau agak awal. Sekiranya haid anda lewat melebihi 7 hari, disyorkan untuk melakukan ujian kehamilan.
Kesan sampingan lain yang tidak disenaraikan di atas mungkin juga berlaku pada sesetengah pesakit. Maklumkan pada doktor atau ahli farmasi anda jika anda melihat apa-apa yang membuat anda merasa tidak sihat.
Jalinkan hubungan seks tanpa kebimbangan lagi
Namun begitu, maklumat diatas hanyalah keterangan am tentang masalah ini. Bagi mendapatkan kepastian secara terperinci mengenai diagnosis penyakit, anda perlu melalui pemeriksaan secara teliti dan menyeluruh. Saya sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor berdekatan bagi mendapatkan keterangan dan pemeriksaan yang sempurna. Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi di atas talian untuk mendapatkan maklumat selanjutnya. Terima kasih