
Anonymous
5 tahun
Kesan pil perancang kepada wanita
Saya berumur 35tahun… baru 3 bulan mengambil pil perancang… saya nak tanya adakah kesan sampingan bila mengambil pil perancang? Sebab bila saya mengambil pil perancang xada keinginan untuk bersama suami… adakah sebab saya mengambil pil perancang?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Pil perancang keluarga merupakan kaedah yang paling popular untuk mencegah kehamilan. Pil perancang terdapat dalam pelbagai jenis formulasi. Doktor akan mensyorkan pil yang paling sesuai untuk seseorang wanita berdasarkan umur, sejarah penyakit, kesan sampingan dan faktor-faktor lain.
Pil perancang keluarga boleh mendatangkan pelbagai kesan sampingan. Kesan-kesan sampingan pil perancang keluarga adalah jarang. Contoh kesan-kesan sampingan adalah loya, muntah, pening, kembung perut, sakit kepala, sakit payu dara dan emosi yang kurang stabilSalah satu kesan sampingan yang agak biasa untuk 3 bulan pertama adalah perdarahan haid yang tidak teratur atau haid yang datang sebelum masa yang ditetapkan.
Kondisi ini dikenali sebagai breakthrough bleeding. Kondisi ini berlaka kerana badan anda sedang menyesuaikan diri kepada paras hormon yang baru di dalam badan anda. Kejadian ini adalah normal dan bukannya tanda penyakit atau tanda pil hormon yang tidak berkesan. Biasanya selepas 3 bulan, perdarahan haid yang tidak teratur itu akan berhenti dengan sendiri.
Perdarahan haid yang tidak teratur juga boleh terjadi jika anda tidak mengambil pil perancang dengan cara yang betul. Anda harus mengambil pil seperti yang telah disyorkan oleh doktor. Jika kondisi ini berterusan lebih dari 3 bulan dan anda menggunakan pil perancang dengan betul, anda digalakkan untuk berjumpa dengan doktor supaya pil yang lebih sesuai boleh diberikan kepada anda.
Untuk mengetahui punca sebenar masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut tentang latar belakang kesihatan anda, pemeriksaan dan ujian mungkin perlu dijalankan. Anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Terima kasih.