
Sulit
5 tahun
Kesan pil postinor sebelum kedatangan haid
Hari pertama saya didatangai haid adalah pada 25/9/2019 dan last period saya pada 1/10/2019. Saya telah berhubungan badan pada hari ke-18 tamat period iaitu pada 12/10/2019. Saya telah makan sebiji pil postinor selepas berhubungan badan (dalam tempoh 24 jam) dan diikuti sebijik lagi selepas 12jam berikutnya. Persoalan saya, adakah sepatutnya selepas mengambil pil tersebut akan didatangi spot (pendarahan yang tak lama seperti 3-4hari) bagi menunjukkan kegagalan persenyawaan berlaku atau bergantung pada badan individu itu sendiri yang mana akan didatangi haid seperti biasa disebabkan saya makan pil sebelum datang haid. Berbanding saya pernah mengambil pil tersebut sebelum ini (bulan julai) yang mana saya telan pil dalam keadaan sedang haid (hari ke-4) dan selang 5 hari berlaku spotting dlm 4hari dan diikuti haid seperti biasa. Adakah selepas makan pil tersebut akan ada spotting seperti yang saya katakan diatas dan jika tiada spotting adalah kehamilan berjaya…terima kasih

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, pil ini adalah pil perancang kecemasan yang boleh mengelakan persenyawaan sperma dengan ovum dan seterusnya mengelakkan kehamilan.
Pil ini boleh mendatangkan kesan sampingan seperti menyebabkan spotting, mengganggu kitaran haid seseorang. Sekiranya anda mengambil pil ini dengan teknik yang betul, kemungkinan besar anda tidak akan menghamil. Kehamilan berjaya atau tidak bukan sekadar bergantung kepada spotting, anda perlu mengawasi kitaran haid pada bulan depan, sekiranya tidak datang haid atau haid lewat, anda boleh membuat ujian kehamilan di rumah sendiri untuk kepastian.
Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.