
Sulit
4 tahun
Kesan postinor 2 pada bayi
Salam. Apa kesan postinor 2 jika menyusukan bayi. Dan bayi minum susu.

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami memahami keresahan yang dialami oleh anda. Walaubagaimanapun bantuan kami adalah terhad berdasarkan deskripsi yang anda telah sampaikan melalui forum ini.
Kesihatan wanita sangat penting. Dapatkan bantuan dari suplemen segara !
Kajian telah mendapatkan bahawa zat-zat Postinor-2 boleh dirembes melalui susu ibu. Hal ini menyebabkan air susu ibu perlu dijauhkan dari bayi buat sementara waktu. Namun yang demikian, anda tetap perlu mengeluarkan air susu ibu secara manual dengan menggunakan cara pompa dan lain-lain. Ini bagi mengelakkan payu dara menjadi antaranya:
- payudara malas untuk menghasilkan susu ibu
- gangguan seperti obstruksi payudara
- penyakit seperti keradangan payudara
Untuk mengetahui selama mana anda perlu menjauhkan susu ibu dari bayi, anda perlu mendapatkan nasihat doktor yang lebih pakar.
Untuk pengetahuan puan juga, Postinor-2 merupakan sebuah pil yang mengandungi hormon progesteron yang tinggi bagi menghalang kehamilan berlaku. Sebaliknya jika anak bayi dipaparkan oleh zat tersebut, ia akan mengganggu kestabilan hormon dan pertumbuhan pada bayi.
Inginkan penjelasan lebih lanjut daripada pakar? Obstetrician kami sedia membantu.
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang kondisi kesihatan anda, atau agar rawatan yang lebih tepat boleh di laksanakan, pemeriksaan yang lebih terperinci perlu dilakukan terlebih dahulu. Oleh yang demikian kami menasihatkan agar anda mendapat rawatan secara langsung di klinik ataupun hospital yang terdekat. Tambahan lagi, anda boleh berhubung dengan doktor kami secara langsung diatas talian menggunakan link yang berikut. (DoctorOnCall). Terima kasih.