
Sulit
4 tahun
Kesan Postinor kepasan pesakit PCOS
Sy wanita berumur 26 tahun,telah pun berkahwin 2 tahun. Dan kami masih tidak bersedia untuk memiliki anak. Pada awal perkahwinan, sy menggunakan postinor sekali shaja namun disebabkan itu, haid saya menjadi lewat selama 6 bulan. sebelum ini, semasa bujang sy pernah sekali 3 bulan tk haid kerana faktor stress bekerja di f&b. Kerana 6bulan tidak hadir haid, sy telah ke klinik specialist wanita, dr mengesahkan saya mempunyai pcos. dan melarang sy makan manis dlm tempoh lama. semenjak itu, sy cuba diet dan elak makan bergula.Semenjak itu, Period cycle length sy dlm 50hari. Tetapi baru2 ini sy ambil postinor sekali lagi(sebelum tempoh genap 72jam). Agak merungsingkan saya pada mulanya, sy pernah sekali tidak mengambil pil dengan sengaja, selepas berhubungan. namun tidak mengandung.
Dan kini apa nasihat yang boleh Dr berikan kepada saya, sy tidak tahu apa kesan pcos dan postinor.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda sedang alami. Untuk makluman anda, pil yang anda ambil merupakan pil perancang kecemasan dan tujuannya adalah untuk mengelakkan diri daripada hamil.
Berikut merupakan antara kesan sampingan setelah mengambil pil perancang kecemasan:
- Mual dan muntah
- Pening
- Cirit-birit
- Sakit kepala
- Haid terputus-putus (Spotting)
- Sakit pada payudara
- Badan lemah
Namun begitu, penggunaan pil perancang kecemasan dan PCOS tidak mempunyai kaitan yang signifikan. Untuk memberikan anda penjelasan yang lebih cerah, anda tidak hamil setelah berhubungan dengan suami disebabkan anda tidak berovulasi pada masa tersebut. Kehamilan hanya akan berlaku sekiranya wanita subur pada waktu tersebut di mana ovum dilepaskan daripada ovari dan persenyawaan antara sperma dan ovum berlaku.
Jalinkan hubungan seks tanpa kebimbangan lagi
Sekiranya anda ingin merancang keluarga, anda boleh pergi ke klinik perubatan keluarga untuk mendapatkan khidmat kaunseling daripada doktor pakar perubatan keluarga dan beliau akan membantu anda. Kami harap jawapan kami dapat menjawab persoalan anda.
Jika anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di ( DoctorOnCall ) untuk sesi konsultasi secara peribadi di atas talian bersama dengan doktor kami. Terima kasih.