
Nasfira3
5 tahun
Kesan sampingan injection depo
Sy berumur 42 thn dan mempunyai 5 org anak… telah mengambil suntikan depo hampir 4 thn,masalahnya…sejak awal thn 2018 sy telah mengalami masalah sakit di sendi tulang tangan…adakah ini effect Dr suntikan depo tu?apakah supplemen yg sy boleh ambil utk mengatasi masalah ini?doktor telah mencadangkan sy membuat btl…perlukan sy membuat btl ini? apakah kesan sampingan btl? bagaimana pembedahan ini dilakukan?adakan selepas membuat btl sy confirm memang tak boleh mengandung?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Kami memahami kebimbangan anda terhadap tahap kesihatan anda .Terdapat beberapa kesan sampingan suntikan depo.Antaranya ialah:
- Pendarahan yang berterusan selepas berhenti mengambil suntikan tersebut
- Kitaran haid akan berubah dan ini akan membimbangkan wanita tersebut
- Keguguran rambut, kekurangan nafsu seks, sakit kepala, gangguan mood
- Batu dalam ginjal sekiranya diambil untuk masa yang agak lama
- Meningkatkan keupayaan untuk mendapat masalah osteoporosis
Kemungkinan besar anda mengalami sakit sendi adalah kerana kesan sampingan suntikan depo.Jadi anda amat disarankan untuk mengambil suplemen yang terdapat dalam pasaran dan mendapatkan pendapat daripada doktor sebelum BTL dilakukan. . Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Terima kasih.