
Sulit
3 tahun
Kesan sampingan makan ubat cacing
saya wanita berumur 22 tahun … selepas saya makan ubat cacing … saya mengalami kesan seperti sakit kepala,pening,badan panas,rasa ingin muntah . adalah ini berbahaya untk saya atau ni normal dan memang kesan sampingan selepas mengambil ubat cacing ?

5 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan. Untuk maklumat anda, masalah ini boleh disebabkan oleh tindak balas ubat tersebut ataupun penyakit yang lain.
Penyakit lain yang boleh terjadi dengan gejala yang sama ialah:
- Kehamilan
- Kurang tekanan darah
- Keracunan makanan
- Benign positional vertigo
- Migrain
- Serangan jantung
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.