
Sulit
4 tahun
Kesan sampingan Mefenamic acid 500mg
7 hari lepas saya mengalami bengkak gusi,lalu saya memakan mefenamic acid 500mg untuk menghilangkan sakit pada gigi saya…setelah 2 hari ada ruam di punggung dan juga di buah zakar…ada ka itu,kesan sampingan ubat tersebut…Saya juga baru sahaja membuat hiv tes semalam,dan hasil nya non reactive

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai, terima kasih kerana menghubungi kami di DoctorOnCall
Kami mengambil peduli tentang keadaan yang anda alami. Secara amnya, mefenamic acid adalah ubat tahan sakit. Seperti ubat lain, mefenamic acid juga mempunyai kesan sampingannya yang tersendiri.
Dapatkan kulit yang sihat dengan penjagaan kulit yang betul.
Antara kesan sampingan mefenamic acid adalah:
- Masalah untuk tidur (Insomnia)
- Lemah
- Sakit kepala
- Cirit-birit
- Sembelit
- Mual dan muntah
- Sakit perut,
- Gatal-gatal
- Ruam
Anda dinasihatkan agar berjumpa dengan doktor sekiranya keadaan ini berlarutan dan/atau mengalami gejala-gejala yang disebutkan di atas supaya pemeriksaan yang lebih lanjut dapat dilakukan.
Terima kasih kerana menghubungi kami di DoctorOnCall. Jika anda mempunyai kemusykilan dan soalan lain, dapatkan konsultasi di atas talian daripada doktor-doktor kami yang bertauliah di (DoctorOnCall)