
Sulit
3 tahun
Kesan sampingan sesuatu penyakit
Saya lelaki 18 tahun. Dr, saya nk tanya infectious colitis ni ade kesan sampingan atau adakah infectious colitis baik dengan sendirinya serta akan kekal smpai bila2.Saya telah pulih dari penyakit tersebut dan cuma risau jika penyakit tu blh datang balik dan akan kekal smpai bila2

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih atas pertanyaan anda.
Berdasarkan kenyataan di atas, kami memahami bahawa anda sudah sembuh daripada infectious colitis. Kini anda ingin mengetahui komplikasi daripada penyakit tersebut serta risiko ia datang kembali. Kami akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, infectious colitis adalah radang usus besar yang diakibatkan oleh jangkitan patogen. Jangkitan ini boleh disebabkan oleh bakteria, virus, atau parasit. Antara mikroorganisma yang sering menyebabkan penyakit ini adalah Salmonella.
Rawatan bagi keadaan ini bergantung kepada jenis mikroorganisma yang menjangkiti. Namun, kes radang usus besar akan pulih dalam masa 7 hari tetapi boleh berminggu-minggu bagi kes yang teruk. Jika pesakit telah pulih sepenuhnya, risiko untuk komplikasi adalah rendah. Contoh komplikasi adalah:
- Usus besar berlubang
- Radang usus berdarah
- Irritable bowel syndrome setelah jangkitan
- Jangkitan pada otak atau sawan
Risiko untuk penyakit ini berulang jika sudah melengkapi rawatan adalah amat rendah. Pesakit hanya perlu berhati-hati serta memastikan penyediaan makanan adalah bersih.
Bagi soalan lanjut, sila hubungi doktor kami secara atas talian. Harap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik di sini untuk bercakap dengan doktor pakar gastroenterologi