
Anonymous
5 tahun
Kesan sampingan suntikan depo
Selamat ptg. Saya ingin bertanya, saya baru melahirkan anak pada 30.05.2019. semasa check up sebulan doctor menyuruh saya ambik perancang keluarga dan saya buat keputusan untuk mengambil suntikan depo pada 1/07/2019. Pada 10/07/2019 saya ade keluar darah dan hari ke hari sehingga hari ini darah keluar agak banyak satu hari saya guna 3 ke 4pad. Saya nak tahu adakah ini normal atau suntikan ni tidak sesuai dengan hormon saya.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman pihak anda, suntikan perancang Depo-Provera® boleh memberikan kesan sampingan berupa:
- Haid tidak teratur - tempoh haid yang lebih lama atau lebih pendek, haid yang lebih berat atau lebih ringan
- Kehilangan tempoh haid (semakin lama anda mendapat suntikan Depo-Provera®, semakin besar kemungkinan untuk anda tidak akan mempunyai haid sama sekali)
- Berat badan (wanita mendapat kira-kira 5 paun setiap tahun untuk 3 tahun pertama). Tetapi anda boleh membantu mengekalkan berat badan anda dengan memakan makanan yang sihat dan senaman yang kerap.
- Sakit kepala
- Pening
- Perubahan mood, kemurungan
- Kembung
- Kesakitan / ketidakselesaan perut
Untuk mengetahui jika ubat ini sesuai untuk anda ambil atau tidak, sila rujuk kepada pihak kami di link ini (DoctorOnCall) secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih