Sulit
3 tahun
Kesan sampingan ubat antibiotik
Jika rawatan ubat antibiotik sudah habis, adakah kesan sampingan seperti sakit kepala atau pening, loya masih terasa selepas beberapa hari habis rawatan?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, maklumat yang diberikan tidak mencukupi bagi memberikan jawapan yang dikehendaki. Pelbagai soalan mengenai sejarah kesihatan anda yang perlu ditanyakan. Sebetulnya agak sukar untuk menjelaskan kesan sampingan ubat tersebut kerana terdapat beratus jenis antibiotik. Justeru, sebaiknya anda jelaskan lanjut nama ubat tersebut. Secara umum, kesan sampingan ubat antibiotik yang paling ditakuti adalah reaksi anafilaksis (alahan) ataupun Steven Johnsons Syndrome yaitu apabila tubuh bereaksi terhadap ubat tersebut sehingga kulit-kulit terkupas.
Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.




























