
dualipa248
5 tahun
Kesan sampingan ubat krisovin
Hi.kalau mengambil ubat tersebut dan mengalami kesan sampingan.adakah normal untuk demam dan tidak selesa di sekitar pangkal leher?apa ubat yang akan membanty mengurangkn sakit tersebut.terima kasih

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, maklumat yang diberikan tidak mencukupi bagi memberikan jawapan yang dikehendaki. Terdapat pelbagai soalan mengenai sejarah kesihatan anda yang perlu ditanyakan. Hal ini kerana keluhan demam adalah bersifat subjektif selagi anda tidak memeriksakan diri dengan termometer dan menyatakan suhu tubuh anda.
Namun, gejala demam boleh disebabkan oleh pelbagai faktor.
- demam denggi
- radang tonsil
- radang pharynx
- jangkitan virus seperti common cold atau influenza
- penyakit tuberkulosis
Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih. Keterangan ini ialah jawapan secara am.