
Sulit
3 tahun
Kesan selepas ambil pil perancang
Selepas ambil pil perancang , keesokannya period datang . Tetiba sakit dibawah perut dan bila nak buang hadas kecil/besar terasa sakit . Apa puncanya ya doctor?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana mengajukan soalan ini.
Melalui keterangan yang disampaikan diatas, anda mengalami masalah pendarahan ataupun haid selepas anda mengambil pil perancang disertai dengan rasa sakit pada bawah perut. Kami memahami kerisauan yang dialami oleh anda dan kami akan cuba untuk membantu dalam hal ini.
Untuk makluman anda, gejala yang sedang anda hadapi boleh disebabkan oleh masalah seperti:
- Penggunaan pil perancang ataupun alat perancang kehamilan
- Ketegangan otot abdomen
- Tekanan emosi atau perasaan
Namun begitu, masalah yang anda alami juga boleh disebabkan oleh perkara yang lebih serius dan memerlukan pemeriksaan doktor segera seperti:
- Masalah kelenjar tiroid atau pituitari
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
- Trauma pada bahagian kemaluan
- Jangkitan salur kencing
- Endometriosis
- Perdarahan disfungsional, atau dysfunctional uterine bleeding
- PID (Pelvic inflammatory disease)
Justeru, anda amat disarankan untuk bercakap dengan doktor secara atas talian agar kami boleh membantu anda dengan lebih lanjut mengenai cara bagaimana untuk mengatasi masalah yang anda hadapi.
Kami berharap penerangan ini dapat membantu anda. Terima kasih
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.