
Sulit
5 tahun
Kesan selepas makan postinor
Selepas makan postinor2 saya sering pening. Dan sakit di bahagian bawah perut sebelah kiri. Adakah normal?
.
.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan diatas, kami memahami kebimbangan puan tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, Postinor-2 adalah sejenis pil perancang kecemasan yang berfungsi mencegah kehamilan dengan cara melambatkan ovulasi. Antara kesan sampingan penggunaan Postinor adalah seperti mual, muntah, perdarahan, sakit perut, sakit payudara, sakit kepala, pening, keletihan dan dapat berlangsung sampai dua hari. Seandainya gejala yang dialami berlangsung lebih daripada 2 hari, dikhuatiri terdapat masalah kesihatan lain yang mendasari. Justeru, anda digalakkan untuk merujuk ke doktor.
Untuk merujuk ke doktor, silakan klik pada link (DoctorOnCall) untuk menghubungi doktor ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.