
Sulit
3 tahun
Kesan selepas menerima vaksin Pfizer
Saya seorang perempuan yang berumur 19 tahun. Saya ingin memberitahu masalah kesihatan ibu saya selepas menerima vaksin pfizer . Ibu saya mengalami tangan yang lenguh pada bahagian kanan serta sakit dari tengkuk hingga lengan . Tapak tangan ibu saya sering mengalami kesemutan . Ibu saya mula mengalami sakit tersebut sejak menerima dos vaksin 1 sehingga sekarang . Ibu saya sudah selesai jg menerima dos vaksin kedua . Adakah ini tanda- tanda kecil strok atau hanya angin d badan ?

3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah ibu anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, terdapat beberapa kesan sampingan daripada vaksin. Antaranya adalah:
- Demam
- Keletihan
- Sakit kepala
- Sakit otot
- Menggigil
- Cirit-birit
- Sakit di sekitar tempat cucuk
Oleh itu, jika ibu anda mengalami gejala selain daripada yang saya nyatakan di atas, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini