
Sulit
4 tahun
Kesan selepas postinor
Hello doc, selepas memakan postinor. Isteri saya mngalami sakot perut seperti ingin membuang air besar, tetapi tidak boleh. Adakah postinor 2 mnyebabkan hal ini berlaku?

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, antara kesan sampingan pil postinor ialah:
- keletihan
- loya dan muntah
- sakit perut
- cirit birit
- pening kepala
- sakit pada payudara
Namun begitu ini hanyalah penerangan am dalam hal ini, terdapat juga pelbagai punca yang boleh menyebabkan sakit perut. Saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan lebih lanjut dan untuk ketahui jika postinor sesuai untuk anda atau tidak.
Jalinkan hubungan seks tanpa kebimbangan lagi
Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.