
Sulit
3 tahun
Kesan selepas vaksin
Hai. Saya vaksin dos 1 20/8. 21/8 saya demam, sakit kepala, sakit badan, batuk dan hidung tersumbat. Adakah semua tu normal? Terima kasih ya. Saya risau takut saya positif covid.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan yang ditanyakan
Berdasarkan pertanyaan anda, saya memahami tentang kebimbangan anda terhadap efek samping vaksin Covid 19. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, antara kesan sampingan daripada vaksin Covid 19 adalah:
- Demam
- Keletihan
- Sakit kepala
- Sakit otot
- Cirit-birit
- Sakit di sekitar tempat cucuk
Untuk gejala-gejala yang anda rasakan di atas, ia boleh merupakan kesan sampingan daripada vaksin Covid 19 seperti yang saya nyatakan di atas. Namun begitu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat maklumat yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini