
nurolmohdnoor3
5 tahun
Kesan suntikan bcg pada bayi
anak saya menerima suntikan bcg selepas dilahirkan selepas sebulan saya perasan ada bengkak(biji) di bawah ketiak anak saya.saya pergi ke hospital doktor bagi antibiotik makan selama seminggu.kemudian kena jumpa doktor kembali selepas seminggu.doktor ckp kalau tidak hilang kena jumpa surgeon dan bedah biji.saya sangat risau…adakah biji itu bahaya doktor?adakah saya perlu ikut ckp doktor itu untuk operate?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Antara sebab utama ketulan ketiak termasuklah:
- Pertumbuhan tisu tanpa kanser, fibroid (fibroadenoma)
- sista (cyst) atau kantung yang dipenuhi bendalir
- jangkitan virus atau bakteria
- jangkitan yang mengalir ke dalam ketulan di ketiak
- pertumbuhan lemak (lipomas)
- kesan sampingan kepada vaksin
- jangkitan kulat
- lupus
- kanser payudara
- limfoma
- leukemia
Jawapan ini adalah keterangan am untuk masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi serta rawatan, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.