
ainzamossasem
5 tahun
Kesan Suntikan Depo dan Bacaan Darah Tinggi
Assalammualaikum dan salam sejahtera. Saya ibu kepada dua orang anak. Selepas sebulan kelahiran anak kedua saya,saya mengambil kaedah perancang suntikan depo. Doktor dan misi ada maklumkan bahawa suntikan ini berjaya sekiranya mengalami pendarahan haid yang lama atau tidak mengalami haid dalam tempoh yang lama.Cuma,saya
mengalami bacaan tekanan darah tinggi sejak mengambil suntikan depo.Sepanjang kehamilan kedua2 anak saya,saya tidak mempunyai masalah tekanan darah tinggi dan bacaan normal di bawah 120/80.Manakala kini, bacaan paling rendah saya adalah 127/85 dan secara purata saya sering
mendapat bacaan melebihi 130/90. Adakah ini kesan daripada suntikan depo? Jika ya, saya ingin menghentikan pengambilan suntikan ini.Terima kasih doktor.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala yang dihadapi. Untuk makluman pihak puan, kesan sampingan suntikan depo adalah :
- Kitaran haid yang tidak menentu (pendarahan berlebihan atau ketiadaan haid)
- Perubahan berat badan
- Sakit kepala
- Perut kembung dan rasa tidak selesa
- Senggugut
- Rambut gugur
Kebiasaannya, kesan sampingan ini adalah sementara sahaja dan berlaku di awal pengambilan suntikan.
Anda disarankan untuk merujuk ke doktor untuk memastikan kesan sampingan berlaku tidak disebabkan oleh penyakit lain. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.