Sulit
6 tahun
Kesan Suntikan depo yang mengelirukan
Saya berumur 27tahun, baru melahirkan anak ketiga, & saya telah merancang untuk mengambil suntikan depo… Usia ank sy sebulan, saya telah berbincang dgn JM di klinik desa utk perancang keluarga… JM aturkn temujanji sy bersama doktor bersama appointment baby sebulan… Di sini sy tnya pendapat utk cucuk depo, & doktor mberitahu tiada masalah utk ibu menyusu ambil depo… Seminggu kemudian saya telah mengambil suntikan depo… Disini nurse @ doktor tidak memberi sy apa2 keterangan ttg suntikn ini… Untuk pengetahuan doktor, sy blom datang haid semasa ambil suntikan ini… Dan 2hari selepas disuntik saya telah bersama suami, & suami telah buang dalam…
Menjadi persoalan sy, adik sy bru ambil suntikn depo juga, di klinik yg sama, tetapi dia diberitahu bahawa kesan suntikn depo ini akn akn berfungsi didalam bdn selepas 2minggu… Jika info ini penting, knpe sy tidak diberitahu?
Disini sy mnjdi tkut, adakah sy bole termengandung sekali lagi, baby sy bru 2 bulan, & sy xbersedia…
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, penggunaan suntikan depo sememangnya mengambil masa untuk berfungsi sepenuhnya. Anda masih boleh terlindung dari kehamilan sekiranya anda menyusukan anak anda sepenuh masa dan tidak datang haid lagi. Namun bagi mengambil langkah berjaga-jaga, suami anda perlu memakai kondom sebagai langkah tambahan untuk 2 minggu ini. Informasi mengenai kebaikan, keburukan dan cara penggunaan kaedah perancang perlu diberikan oleh doktor yang memberikan rawatan dan dalam kes anda ianya seharusnya diberikan kepada anda atau anda perlu bertanyakan kepada doktor jika mereka terlupa. Sekiranya anda mempunyai masalah berkaitan suntikan perancang ini, anda boleh bertanyakan kepada kami secara privasi di link (DoctorOnCall) ataupun dilink ini (DoctorOnCallEPharma). Sekian.



































