
Sulit
4 tahun
Kesan ubat henti period norethisterone
Saya wanita berumur 30 tahun dan telah berkahwin. Saya telah mengalami haid yang berpanjangan selama sebulan dan telah berjumpa doktor 2 minggu lepas. Doktor mengesahkan saya tidak mengalami sebarang masalah pada rahim dan hanya memberikan ubat asid tranexamic untuk menghentikan darah. Namun, setelah seminggu haid saya belum berhenti dan saya telah mengambil ubat norethisterone sehingga ke hari ini. Apakah kesan pengambilan ubat Norethisterone ini jika diambil secara berpanjangan?

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami.
Melalui keterangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda ubat norethisterone ialah pil perancang yang mempunyai beberapa kesan sampingan seperti:
- gangguan haid seperti haid tidak teratur, haid berpanjangan, haid lewat, atau tidak datang haid
- loya dan muntah
- sakit pada payudara
- sakit kepala
Tempuhi waktu datang bulan anda dengan selesa tanpa kebocoran.
Namun begitu, ini hanyalah keterangan am tentang hal ini, saya nasihatkan anda untuk mendapatkan nasihat daripada doktor di klinik berdekatan jika anda perlu menukar pil perancang yang lebih sesuai dan untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk mendapatkan maklumat dan nasihat lebih lanjut. Terima kasih.
Haid berpanjangan? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!