
Sulit
4 tahun
Kesan Ubat Hypertiriod
Saya wanita umur 37 tahun… Adakah selepas makan ubat hypertiriod sebabkan sakit urat satu badan dan rasa ngilu apabila bergerak dan di sentuh…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham mengenai masalah tiroid yang anda sedang alami tetapi maklumat lanjut adalah diperlukan untuk mengetahui masalah yang anda alami dan anda perlu diperiksa oleh doktor supaya punca sebenar dapat diketahui dan rawatan dapat diberikan kepada anda.
Tambahan pula, jenis ubat tiroid yang anda ambil juga perlu diberikan perhatian kerana kesan sampingannya mungkin berbeza.
Berikut merupakan antara kesan sampingan ubat hipertiroid secara am:
- Sakit perut
- Lemah badan
- Loya
- Muntah
- Pening kepala
- Timbul ruam pada kulit
Sekiranya kesan anda mengalami kesan sampingan seperti yang disebutkan atau tidak dapat menelan ubat tersebut. Kami sarankan anda untuk berjumpa semula dengan doktor yang merawat anda untuk berbincang tentang keadaan anda dan pertukaran ubat sekiranya perlu.
Jika anda mempunyai soalan lanjut, anda boleh hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk berbincang dengan doktor kami mengenai masalah anda. Terima kasih.