
mohdkamal.ab
2 tahun
Kesan ubat Lyrica utk rawatan sakit belakang
Isteri saya mengambil lyrica utk sakit belakang. Kesannya dia mengalami masalah ingatan. Dia tak ingat apa yg dilakukan selepas mengambil ubat tersebut, adakah dia boleh menaiki kapal terbang seorang diri. Harap dr boleh bg penjelasan

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda,ubat berjenama lyrica atau mempunyai kandungan pregabalin, dinyatakan berfungsi untuk merawat kesakitan kerosakan saraf, gangguan kebimbangan di kalangan orang dewasa, sawan serta masalah lain.
Sebahagian kesan sampingan ubat ini mungkin jarang berlaku tetapi boleh terjadi pada tahap yang serius. Dapatkan nasihat doktor jika mendapati salah satu kesan sampingan yang berikut berlaku, terutamanya jika tandanya berlarutan.
- Otot kejang
- Cepat marah
- Kekejangan otot
- Keletihan
- Penglihatan kabur
- Kecuaian
- Tidak dapat tidur
- Kemerosotan ingatan
- Sakit tekak
- Hipersensitiviti
Kemungkinan besar ibu anda mengalami kesan sampingan ubat lyrica. Kesan sampingan ubat ini perlu perhatian daripada seorang doktor.Oleh sebab itu,anda amat disarankan untuk membawa ibu anda untuk berjumpa dengan doktor sebelum membuat keputusan tentang penerbangan. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.