
kamaraiman0
5 tahun
Kesan Ubat Migrain pada peranakan?
Salam Sejahtera. saya hendak bertanya. adakah benar penyakit migrain/ubat migrain memberi kesan kepada kemandulan atau peranakan seseorang? lelaki/perempuan. kerana saya mengenali beberapa orang yang sudah berkahwin tapi tidak mempunyai zuriat dan mereka ada migrain. apakah ianya kebetulan. mohon penjelasan doc. tq.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, maklumat yang diberikan tidak mencukupi bagi memberikan jawapan yang dikehendaki. Terdapat pelbagai ubat yang digunakan untuk sakit migrain. Oleh itu, kesimpulan bahawa ubat migraine menyebabkan kemandulan tidak boleh dilakukan.
Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.