
Sulit
5 tahun
Kesan ubat postinor kepada ibu bersalin
Hye doc saya wanita baru lepas habis tempoh berpantang anak dan hari ni hari yg ke 60 dan masih menyusukan bayi…masalah saya sekarang saya telah bersama suami dan tidak menggunakan apa2 alat mencegah kehamilan seperti kondom, saya sangat risau akan berlaku kehamilan dalam masa terdekat sebab saya bersalin secara ceaser,persoalan saya adakah bahaya kalau saya mengambil postinor sebab saya baru lepas bersalin dan adakah postinor akan mengeringkan susu badan saya? Mohon pencerahan doc.terima kasih

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, anda tidak disarankan untuk mengambil postinor sewaktu menyusu kerana ia boleh berpindah ke dalam susu badan. Memandangkan anda menyusu, risiko kehamilan berkurangan. Namun, selepas 6 minggu bersalin, anda disarankan untuk mendapatkan maklumat tentang perancangan keluarga yang bersesuaian.
Untuk mengetahui samada perancang keluarga yang manakah bersesuaian, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.